PRODUK

PATI DELIMA PEKAT SEMULAJADI GULSAN

PATI DELIMA GULSAN FROM TURKEY 
Pati Jus Delima Pekat Penuh Khasiat! 
100% perahan buah delima tulen
 

Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran).

MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.


DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI

Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.



MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan pembentukan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengandungi ‘flavonoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.





PATI KURMA - SOHRO 



PATI KURMA 

Buah ini banyak kali disebut di dalam Al-Quran dan di dalam kitab Perubatan Islam pun diulangi dan diulangi tentang kebaikannya. Kurma adalah diantara manisan yang baik dimakan seperti yang disebut di dalam ayat-ayat Al-Quran selain dari madu dan halwa. Kurma sangat tinggi zatnya, dengan kandungan gula ringkas yang mudah hadam lebih dari mana-mana buah lain. 

Seperti kebanyakan makanan dalam Perubatan Islam, kurma mengandungi kandungan potassium yang tinggi untuk memastikan keseimbangan cecair sel-sel tubuh berada dalam keadaan yang baik.

Selain dari potassium, vitamin-vitamin dan mineral penting yang lain seperti calcium, sulphur, zat besi,phosphorous, manganese, copper dan magnesium, semuanya sangat penting untuk kesihatan.


Yang lebih penting kurma mengandungi kandungan tannin yang tinggi di mana terdapatnya polyfenol (bahan antioksidan) yang banyak.


MASALAH USUS
Ia berfungsi sebagai agen pencuci dan pembersih oleh kerana kandungan serat semulajadinya yang tinggi. Oleh yang demikian Pati Kurma  ini amat berkesan untuk masalah usus, perut, sembelit, masalah abdomen termasuk kanser abdomen. Kandungan niacin dalam kurma dapat menengani berbagai masalah usus. Amalan harian Pati Kurma akan menghasilkan penumbuhan bakteria dan organism baik dalam usus. Ia merupakan julap (laxative) semulajadi yang amat mujarab.

MASALAH BERAT BADAN
Untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa kehilangan tenaga, ia sangat sesuai kerana semua khasiat di dalamnya akan diserap, kemudian ia akan mengurangkan kelaparan dan keinginan untuk makan.

MASALAH JANTUNG
Sangat membantu membina kekuatan jantung, dan dari psikologinya ia juga membina semangat dan tenaga spirit. 

KELEMAHAN DAYA SEKSUAL
Resepi untuk meningkatkan daya seksual - campurkan 2 sudu besar Pati Buah Kurma dengan segelas kecil susu kambing, serbuk buah pelaga dan Madu Tualang  untuk meningkatkan stamina dan juga kesuburan lelaki dan wanita. 

TONIK KESIHATAN
Ramuan ini sangat sesuai untuk ahli sukan terutama sukan angkat berat kerana kurma mengandungi unsur-unsur yang mampu membina otot-otot. Ia pemberi tenaga yang sangat cepat, apatah lagi apabila dicampur dengan Cuka Buah Kurma dan air sejuk, dijadikan minuman yang sedap, menyegarkan dan juga menghilangkan dahaga. 


Antara khasiat kurma:-
  1. Menguatkan daya ingatan
  2. Mencegah penyakit barah.
  3. Menambah tenaga seksual.
  4. Mengatasi masalah insomnia.
  5. Melancarkan peredaran darah.
  6. Membunuh kuman dalam badan.
  7. Meredakan tekanan darah tinggi.
  8. Membantu mencergaskan minda.
  9. Merawat penyakit buah pinggang.
  10. Merangsang dan memudahkan kehamilan.
  11. Merawat penyakit gangguan usus kronik dan sembelit.
  12. Menghilangkan batuk dan gatal-gatal dalam kerongkong


CUKA KURMA - SOHRO 


CUKA KURMA 
  1. Melambatkan proses penuaan dan mengimbangi keasidan dalam tubuh kerana asid tinggi menyebabkan mengantuk dan malas.
  2. Mengimbangi kolesterol dalam darah
  3. Meningkatkan metabolisma badan, memecahkan lemak serta membantu menurunkan berat badan.
  4. Membantu menghilangkan jerawat kerana fungsi sebagai anti bakteria, mengimbangi pH kulit dan menyerap lebihan minyak.
  5. Membantu pemasalah pencernaan dengan membunuh parasit di dalam perut , buang toksid
  6. Walau bersifat asid, tetapi dapat mengalkalikan badan , sesuai untuk penghidap gastrik
  7. Mengawal tekanan darah tinggi dan gout
  8. Membersihkan buah pinggang
  9. Melancarkan pengeluaran susu ibu
  10. Menghilangkan sakit tekak, batuk, athma dan resdung
  11. Memberi kesan baik pada rambut kerana mengimbagi pH level dan membunuhbakteria-membantu masalah rambut gugur dan kelemumur
  12. Meningkatkan stamina badan dan mengurangkan kepenatan selepas bersenam
  13. Meningkatkan sistem imun badan
  14. Mencegah alergik
  15. Meningkatkan daya ingatan
  16. Membuang selulit
  17. Melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid) 
  18. Mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut)
  19. Menguatkan sistem perut (masalah buasir)
  20. Menghilangkan masalah dahaga (panas badan)
  21. Membersihkan darah manusia (darah yang beracun)
  22. Melawaskan makanan didlm perut yg kasar.


CUKA APPLE - SOHRO

CUKA EPAL

1. Merangsang pemecahan lemak
2. Melancarkan perjalanan darah
3. Menguatkan tenaga dalaman
5. Melawaskan usus besar dan kecil
6. Juga berfungsi sebagai: Anti-alergik, Anti-septik, Anti-anemia, Anti-ulcer
7. Masalah kulit seperti jerawat
8. Menghalang penyerapan atau timbunan lemak
9. Meningkatkan metabolisme di bahagian tubuh tertentu
10. Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan (Pemparitan Limfatik)
11. Melembapkan dan mengencangkan kulit
12. Mencegah dan mengawal selulit
13. Melangsingkan bonggol lemak yang tidak perlu terutama di bhgn perut, tepi 
      dan belakang lengan, 
      pinggul dan peha
14. Meredakan sakit dan sengal sendi
15. Menurunkan risiko masalah jantung dan barah
16. Mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah
17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
18. Meningkatkan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis (boron) padas
      mineral tulang
19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap 
      kolesterol darah
20. Membantu mengekalkan berat badan yang ideal
21. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya.






CUKA ANGGUR - KEMAL
CUKA ANGGUR KEMAL
  1. Dapat membantu menurunkan kadar kolestrol dan mencegah pengoksidaan kolesterol LDL(kolesterol jahat).
  2. Dapat mencegah dari risiko serangan penyakit jantung dan strok.
  3. Mengawal paras gula dalam darah (untuk penghidap kencing manis sangat digalakkan).
  4. Membantu penyerapan kalsium & menentang bakteria berbahaya.
  5. Melancarkan sistem penghadaman. 
  6. Melangsingkan badan dan mengembalikan keremajaan kulit (awet muda). 
  7. Merawat radang kulit dan keadaan kulit yg merekah dan pecah-pecah.
  8. Meredakan masalah keletihan dan sakit-sakit badan serta memudahkan tidur.
  9. Meredakan sakit kepala, hidung tersumbat dan asthma. 
  10. Boleh melangsing badan & meremajakan sel-sel kulit, caranya sama seperti menggunakan cuka epal & kurma - masukkan 2 sudu besar cuka angggur bersama 1 sudu besar madu ke dalam segelas air kosong, kacau sebati & minum (3 kali sehari = sebelum sarapan, makan tengahari & makan malam). 
  11. Membantu penyerapan kalsium, mengawal paras gula darah, melancarkan penghadaman & menentang bakteria berbahaya (sangat digalakkan untuk pengidap kencing manis) 
  12. Gosokkan cuka anggur ke bahagian kulit yg berselulit untuk menguraikan kolesterol yg tersumbat.. kulit beransur lembut, licin & cerah! 
  13. Ratakan campuran cuka anggur & air mineral ke seluruh wajah anda menggunakan pad kapas (seperti memakai ‘toner’) untuk menghilangkan kesan ‘sunburn’, mengecilkan pori-pori yg terbuka, mengeringkan jerawat & mengawal kulit berminyak. Biarkan selama 10 minit, kemudian bilas bersih. Lakukan setiap malam sehingga nampak kesan.. pejam mata ketika melakukannya untuk elak pedih mata.
  14. 1 sudu besar cuka anggur dikacau bersama segelas air & diminum sebelum tidur boleh meredakan masalah keletihan & sakit2 badan serta memudahkan tidur. 
  15. Berkumur dgn sedikit cuka anggur dapat menghilangkan sakit tekak! Masukkan 1 sudu besar cuka anggur ke dalam 1/2 gelas air, kacau & kumur (..juga dapat mencegah jangkitan bakteria). 
  16. Jika anda sakit kepala, masukkan 2 sudu besar cuka anggur ke dalam 1 mangkuk air panas & wapkan muka anda sambil pejamkan mata.. InsyaAllah dapat meredakan sakit kepala, hidung tersumbat & asma serta boleh merawat masalah bintik-bintik hitam pada kulit wajah! 
  17. Cara membuang kutil / ketuat. Celupkan bola kapas ke dalam 1 sudu besar cuka anggur, kemudian tekapkan pada kutil / ketuat, kemudian lekatkan dgn medical tape, biar semalaman (bawa tidur), cuci bersih keesokan pagi. Ulang setiap malam sehingga kutil / ketuat tanggal. (bahagian bermasalah itu hendaklah dicuci bersih sebelum & selepas rawatan).


CUKA DELIMA- KEMAL 
CUKA DELIMA 
  1. Cuka delima membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik disamping menurunkan kolestrol yang buruk.
  2. Membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Ini kerana delima mengandungi ‘flavonoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser. 
  3. Unsur flavonoids melindungi otak dan menguatkan memori. 
  4. Cuka delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Ianya dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.
  5. Mengurangkan risiko penyakit kencing manis.
  6. Mengurangkan perkembangan kanser kelenjar prostat dan mencegah kanser payudara. 
  7. Membantu merendahkan tekanan darah tinggi. Kandungan antioksidan pada delima juga mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok. 
  8. Dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi.
  9. Meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). 
  10. Mengatasi masalah kekeringan pada vagina wanita. Menjadikan vagina lebih subur dan lembap. 


MADU AL-SHIFFA 
MADU ASLI AL-SHIFFA
Dari Jeddah Arab Saudi

Madu adalah sejenis manisan yang dihasilkan oleh tumbuhan biasanya melalui bunga. Ia bertujuan bagi menarik haiwan pendebunga seperti kelawar, kupu-kupu, rama-rama, lebah & lalat untuk melakukan pendebungaan. Lebah yang mengumpul madu bunga menghasilkan beberapa jenis madu, antaranya adalah madu putih, keemasan dan hitam.
Penggunaan madu dalam sejarah manusia dalam pelbagai jenis makanan, minuman, pemanis, perasa malah barangan kegunaan harian seperti bahan zat tambahan dalam kosmetik dan ubat-ubatan telah lama diadaptasikan. 
Madu juga mempunyai nilai dan sumbangan dalam agama dan simbol yang tersendiri. Madu telah banyak digunakan dalam pelbagai tradisi perubatan samada moden mahupun tradisional juga dikatakan mampu menjadi penyembuh kepada pelbagai jenis penyakit. 
Kajian mengenai debunga dan spora dalam madu mentah ( melissopalinologi) dapat diterangkan dalam sumber flora madu.Ini kerana lebah mampu membawa cas elektrostatik, dan mampu menarik zarah-zarah yang lain, teknik sama melissopalinologi yang digunakan dalam kajian alam sekitar mengenai zarah radioaktif, debu atau pencemaran partikel bebas.
  1. Untuk PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS) Madu boleh menstabilkan kandungan gula dalam darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)
  2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah. 
  3. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan. 
  4. Memulihkan sel-sel urat besar. 
  5. Menghindarkan badan letih dan lesu, menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
  6. Merangsang & menguatkan tenaga batin. 
  7. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
  8. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih. 
  9. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi. 
  10. Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental. 
  11. Menyembuh dengan segera cirit-birit. 
  12. Mengelak daripada cacing perosak dalam perut. 
  13. Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak. 
  14. Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik. 
  15. Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri. 
  16. Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal. 
  17. Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air. 
  18. Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan. 
  19. Mengurangkan kesakitan bila datang haid. 
  20. Membantu menerangkan pemandangan. 
  21. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata. 

CARA AMALAN

  1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
  2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
  3. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
  4. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
  5. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
  6. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
  7. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.
  8. Madu yang dicampurkan bersama habbatussauda yang telah dihancurkan merupakan penawar terbaik untuk penyakit BATU KARANG.
SAPULAH MADU ASLI JIKA ANDA :-

  1. Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera dan luka terlindung dari kuman
  2. Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan lain-lain.
  3. Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
  4. Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata.


AMARAN: PENGGUNAAN SUDU BESI BOLEH MENJEJASKAN KHASIAT MADU ASLI. GUNAKAN SUDU PLASTIK / KAYU SAHAJA.


* TIPS MENGUJI KETULENAN MADU ASLI:

Ambil sesudu madu & diletakkan kedalam sebiji mangkuk putih. Tambahkan air kosong sedikit, kemudian ayakkan mangkuk berisi madu & air tadi... MADU yang betul-betul ASLI akan berubah bentuk menjadi sarang lebah. Inilah keajaibah Allah S.W.T...







MINYAK ZAITON

OLIVE OIL
"Demi buah tiin dan zaitun. Dan Gunung Tursina". (Surah at Tiin ayat 1 dan 2). Allah telah menyebut di dalam Al Quran berkenaan dengan buah zaitun. Ini menunjukkan buah zaitun juga memiliki banyak keistimewaan tersendiri yang jarang diketahui dan diselidiki. Di dalam Al Quran, buah zaitun disebut sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali, ia di sebut bersendirian dan 5 kali lagi ia digambarkan dalam Al Quran bersama dengan buah- buahan lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tiin. Gambaran ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun sepertimana buah- buahan lain yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan manusia sejagat.

Diriwayatkan dari Sayyed Al-Ansari bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda:
Gunakanlah MINYAK ZAITUN sebagai makanan, berminyaklah dengannya untuk rambut, badan dan seumpamanya kerana sesungguhnya ia adalah daripada pokok yang berkat.
(Tarmizi, Ibn Majah)



Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh "Harvard School of Public Health" dan "Athens School of Public Health" mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara. Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser. Kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti "Germans Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon. Kajian lain yang dijalankan di Universiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon. Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari "Institute of Health Science" membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China. Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko menghidapi kanser yang tinggi. Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca kurang risiko. Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.

KHASIAT MINYAK ZAITUN (OLIVE OIL)

  1. Mengurangkan kadar kolestrol dalam darah dan membantu mengatasi masalah darah tinggi.
  2. Merendahkan kolestrol LDL(kolestrol jahat)
  3. Mengurangkan risiko sakit jantung 
  4. Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.
  5. Membantu penghadaman yang baik
  6. Antioksidan dan Antikanser
  7. Mengelakkan pembentukan batu hempedu
  8. Mengimbangi metabolisma tubuh dan pertumbuhan tulang yang baik ( khasnya kanak-kanak)
  9. Mengandungi bahan anti penuaan dan membekalkan vitamin E
  10. Menyihatkan kulit dan rambut
  11. Membantu menguatkan tenaga batin
  12. Membantu mencegah keracunan
  13. Menyingkir parasit pada usus dan menjauhkan kanser usus
  14. Sebagai bahan urutan yang membantu menguatkan organ,sendi dan otot
  15. Mencegah ulser dan mengurangkan risiko batu karang


Daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:
" Ambillah minyak zaitun dan sapulah ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh (beberapa) penyakit dan juga Juzam (kusta)".

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat.”
(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Minyak zaitun jernih dan berkilau seperti cahaya. Ini disebut di dalam al-Quran surah An-Nur:35:
“ ...yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya (iaitu) zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api...

Dengan ini, tidak hairanlah, ramai yang mengetahui akan kelebihan buah zaitun, memanfaatkannya sebagai bahan untuk kegunaan asas seperti minyak masak, minyak rambut, barangan kecantikan, sabun dan juga dijadikan sebagai makanan tambahan. Justeru, khasiat yang terdapat pada buah zaitun merupakan anugerah Allah ke atas hamba- hambaNya yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja buah zaitun disebut di dalam Al Quran, malah pakar- pakar sains dunia juga mengiktiraf akan keistimewaannya.





PURE SAFFRON


PURE SAFFRON
Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:
Maksudnya:

"Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."

Za’faran berasal dari perkataan Arab bermaksud kuning (yellow), sejenis tumbuhan herba daripada
kumpulan eloridaccesi adalah khazanah herba islam termahal di dunia. Herba yang digelar
‘Emas Padang Pasir” (Gold of the Desert) juga dikenali sebagai ’Spice King’, ‘Spice Queen’, ‘Vegetable Gold’,
dan ‘Flower of Love’. Ianya memang terkenal dengan khasiat serta kuasa pengubatnya
(excellent stimulant) sejak dari dulu lagi. Justeru itu disamping warnanya yang cukup menarik serta
baunya yang harum maka ianya digunakan secara meluas dalam pemakanan, kecantikan dan perubatan.
Za’faran adalah antara herba yang unik kerana citarasa, aroma dan kandungan warnanya boleh larut
di dalam air minuman.


Antara khasiat Za’faran dapat membantu :-

Proses penghadaman
Menguatkan ingatan
Agen anti barah
Merawat Anemia (Kekurangan Zat Besi)
Mengawal tekanan darah dan kolesterol
Mengurangkan risiko serangan penyakit jantung
Melancarkan pengaliran darah (haid)
Merawat penyakit saraf
Keletihan
Sembelit
Bisa-bisa sendi
Merawat penyakit saluran kencing (renal colic)
Kesuburan (fertility)
Menambah selera makan untuk kanak-kanak (increase appetite)
Perangsang tenaga batin dan penenang (sedative)