Tips!


Petua Menghilangkan Jerawat dan Bekasnya dengan Madu


Honey 2 Tips Herbal: Menghilangkan Jerawat dan Bekasnya dengan Madu
Add caption
Jika anda berjerawat atau mempunyai banyak bekas jerawat di wajah, tentu anda akan cuba segala macam petua dan ubatan untuk membuat jerawat dan bekasnya supaya menghilang dari wajah anda...ye tak?


Alam telah menyediakan ubat terbaik untuk menyembuhkan jerawat dan merawat kecantikan kulit.
Anda boleh membersihkan kulit secara holistik dengan menggunakan produk semulajadi dan mengambil makanan yang berkhasiat untuk kesihatan diri.
Salah satu produk alam yang boleh digunakan untuk merawat wajah berjerawat sekaligus mempercantik dan menegangkan kulit wajah adalah madu.
Madu boleh digunakan sebagai masker wajah untuk menghilangkan jerawat, bekas jerawat, serta mengurangkan kemerahan dan kerengsaan akibat jerawat.
Madu mengandungi sifat penyembuh semulajadi yang terdiri daripada enzim, antioksidan, dan anti bakteria yang boleh membantu membersihkan kulit.
Selain itu, madu merupakan pelembab semulajadi yang sangat bagus. Madu juga boleh mengurangkan kelebihan minyak pada kulit. Masker wajah yang diperbuat dari madu sangat bagus untuk orang yang mempunyai kulit sensitif.
Menggunakan madu 2-3 kali seminggu sebagai masker wajah,ia bukan hanya akan mengurangkan jerawat dan bekasnya, tetapi juga akan membuat kulit wajah anda bercahaya.
Ini adalah tips@petua menggunakan madu sebagai masker wajah untuk menghilangkan jerawat dan bekasnya:
1. Gunakan bandana untuk mengelakkan rambut terurai ke kawasan wajah sebelum menggunakan topeng wajah dari madu.
2. Buang semua make-up dan cuci wajah dengan sabun lembut dan air hangat sebelum menggunakan topeng madu.
3. Tuangkan satu sudu makan madu asli ke dalam mangkuk kecil. Jika mahu, anda boleh menghangatkan madu selama 10 saat dalam microwave sebelum menggunakannya.
4. Oleskan madu menggunakan aplikator atau jari yang sebelumnya sudah dibersihkan. Oleskan madu dengan lapisan tebal ke seluruh kawasan wajah.Biarkan madu melekat pada wajah selama 15 minit atau hingga satu jam ikut kemampuan anda,lagi lamal lagi baik kesannya.
5. Untuk menghilangkan madu, usapkan tuala kecil yang telah dibasahi dengan air hangat ke wajah. Ulangi proses ini sampai semua madu benar-benar bersih dari wajah.
Anda boleh menggunakan masker madu ini 2-3 kali dalam seminggu atau sesuai dengan keinginan anda. Selamat mencuba..